MENU

Selamat Datang Ke Majlis Daerah Rembau

Privacy Policy

MYHRMIS MOBILE . . . . . Peta
Laman

 

 

Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali reka bentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini.Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latarbelakang bangunan dan sejarah Rembau

Pameran Muzium Rembau:

  • BALAI DATO' UNDANG

Ruangan ini memaparkan sejarah pentadbiran Dato' Undang yang memerintah Rembau berserta dengan alat kebesaran dan pingat yang biasanya digunakan oleh Dato' Undang dalam majlis-majlis rasmi. Di sini juga dipamerkan sistem perlantikan Dato' Undang di Rembau, peranan dan fungsinya kepada masyarakat.

Sudut ini juga diisi dengan pengamalan Adat Perpatih di Rembau dan Negeri Sembilan. Selain itu, sistem pantadbiran Dato' Undang Rembau akan diketengahkan. Ruang ini sangat menarik untuk dilawati kerana ruang yang terhad, memaksimakan susunan peralatan Âda artifak disamping sistem pencahayaan yang mampu mewujudkan suasana eksklusif.

  • RUANG PELAMINAN

Ruangan ini menyerlah kerana warna merah yang menjadi tema sudut ini . Ia merupakan contoh pelamin yang digunakan oleh masyarakat Rembau yang mana menjadi tempat bersanding mempelai. Komponen pelamin ini adalah bunga telur, alas duduk, tirai belakang, parang-parang dan tepak sirih. Corak yang terpatri atas kain baldu merah terdiri dari benang tekat dan manik serta labuci.

 

Hubungi kami:

MUZIUM REPLIKA ASTANA RAJA MELEWAR

KAMPUNG NERASAU,

71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN.

 

NO. TEL: 06-4383409

tempat menarik dirembau

 

tempat menarik rembau

tempat menarik dirembau