MENU

Selamat Datang Ke Majlis Daerah Rembau

Privacy Policy

MYHRMIS MOBILE . . . . . Peta
Laman

 

 

SYARAT-SYARAT KELULUSAN ANJING

  1. Semua anjing-anjing yang berumur 3 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan.
  2. Lesen ini akan tamat tempohnya pada 31 Disember pada tahun lesen itu dikeluarkan.
  3. Bayaran lesen anjing adalah RM20.00 bagi setiap ekor anjing setahun dan RM50.00 bagi 3 tahun.
  4. Lesen yang hilang tidak akan diganti. Tuan punya hendaklah memohon lesen yang baru dan dikehendaki membayar sebanyak RM20.00 bagi setiap lesen / ekor anjing.
  5. Lencana logam yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Rembau hendaklah sentiasa digantung dileher anjing pada setiap masa, menyediakan tali menggantung lencana logam adalah tanggungjawab tuan punya.
  6. Semua anjing yang dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan ubat pencegah (Vaccination DALP-PV) oleh Pegawai Jabatan Haiwan atau mana-mana doctor veterinary yang berdaftar.
  7. Memastikan anjing dan tempat anjing dipelihara disenggarakan dalam keadaan bersih dari najis anjing dan memastikan pembuangan najis tidak menyebabkan kacau gangguan kepada mana-mana pihak lain.
  8. Tuan punya anjing adalah bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak yang tidak berhenti-henti, berkeliaran diluar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang awam di tempat awam.
  9. Anjing hendaklah berada di dalam kawalan tuan punya dan sentiasa berikat rantai apabila dibawa keluar daripada tempat ianya biasa dipelihara / disimpan.
  10. Anjing tidak boleh dipelihara dirumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat.
  11. Hanya 2 ekor sahaja dibenarkan dipelihara pada sesuatu masa.
  12. Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas ditempat awam, berpenyakit, dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kacauganggu kepada orang lain atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan, akan dirampas, ditangkap dan dihapuskan.
  13. Tuanpunya dikehendaki menyediakan dan mempamerkan papan tanda “ADA ANJING DISINI” ditempat yang mudah dilihat oleh orang awam.
  14. Tuanpunya yang gagal mematuhi syarat-syarat diatas atau Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing MDR 2012 akan dikenakan kompaun tidak lebih daripada RM500.00 atau denda RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam [6] bulan atau kedua-duanya.
  15. Mengemukakan salinan kad pengenalan dan gambar pemohon berukuran passport sebanyak sekeping.