MENU

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Berbahagia

Saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya Laman Web Rasmi Majlis Daerah Rembau telah dapat disiapkan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat secara langsung untuk menyiapkan laman web ini.

Dengan perkembangan IT dan Multimedia di negara kita, Majlis Daerah Rembau tidak terkecuali dalam menyahut cabaran dan seruan kerajaan agar semua peringkat masyarakat perlu celik kepadanya. Kemudahan teknologi yang semakin canggih membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih cepat, mudah dan berkesan.

Oleh yang demikian, Majlis Daerah Rembau berharap dapat membantu penduduk setempat dan juga penduduk dari luar untuk bersama-sama mendapatkan maklumat mengenai Majlis Daerah Rembau secara talian terus. Sebagai sebahagian daripada usaha Majlis Daerah Rembau ke arah mewujudkan Kerajaan Elektronik, kami menggunakan kesempatan ini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan. Sama-samalah kita merancang pembangunan ke arah kehidupan dan kualiti hidup yang lebih cemerlang.

Kami di Majlis Daerah Rembau sentiasa mencari pelbagai alternatif untuk memastikan dan meningkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan perbandaran termasuklah membabitkan diri dengan kemajuan teknologi semasa khususnya di dalam bidang Teknologi Maklumat. Adalah menjadi harapan kami melalui proses pengkomputeran, semua kerja dan peraturan yang sering digunakan akan menjadi lebih cepat, cekap dan berkesan. Semua ini adalah demi memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Terima kasih kerana melawat laman web kami. Kami berharap agar anda akan terus mengunjungi laman web kami pada masa yang akan datang. Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai Majlis Daerah Rembau kepada anda.

Yang DiPertua Majlis Daerah Rembau