MENU

GUNUNG Datuk merupakan puncak tertinggi di daerah Rembau, Negeri Sembilan, dengan ketinggian 884 meter, menjadi lokasi riadah bagi mereka yang gemar mendaki gunung.

Selain Gunung Datuk, Negeri Sembilan juga mempunyai lapan gunung, bagaimanapun Gunung

Datuk adalah yang paling popular berikutan mempunyai flora dan fauna yang belum tercemar, dan keindahan alam semula jadi.

Mengambil masa sekitar dua jam untuk sampai ke puncak, kebanyakan mereka gemar mendaki pada awal pagi untuk melihat matahari terbit.

Malah, pengunjung juga boleh melihat kapal belayar di Selat Melaka.

Gunung Datuk juga menyimpan seribu satu kisah sejarah kerana di atas batu puncak gunung itu dikatakan terdapat kesan tapak kaki Hang Tuah.

Namun begitu, mungkin ramai tidak menyedari sejarah di sebalik Gunung Datuk. Malah puncak berkenaan juga dikatakan mempunyai kisah mistik.

Ikuti paparan wartawan NOR AINNA HAMZAH dan SYAMILAH ZULKIFLI yang mengupas kisah mistik di sebalik Gunung Datuk yang kini merupakan salah satu lokasi tumpuan bagi mereka yang meminati aktiviti riadah mendaki gunung.

 

Baca Selanjutnya