MENU

2 April 2013 : Sesi Dialog sempena publisiti dan penyertaan awam bagi draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Rembau 2025 (penggantian) telah diadakan di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Rembau. Sesi dialog ini bertujuan untuk memperjelaskan lagi kepada masyarakat setempat tentang perancangan yang telah digariskan dalam dokumen draf RTD Rembau. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk memberi maklumbalas/ pandangan / cadangan / bantahan terhadap cadangan tersebut. Seramai 110 orang telah hadir yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, Ahli Majlis, Pengerusi/wakil JKKK dan penduduk setempat.  Pihak Majlis Daerah Rembau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan dan Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS), JPBD Sem. Malaysia yang telah membantu dalam penyampaian taklimat serta sesi dialog kepada penduduk setempat