MENU

 
 
 Amalan Sentiasa Perihatin Dengan Kebersihan Diri Boleh Mengelak Diri Dari Influenza A (H1N1)
 
  Sehubungan dengan kes-kes Influenza A (H1N1) yang sering meningkat sejak akhir-akhir ini, Majlis Daerah Rembau menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengamalkan kebersihan diri dan juga mengambil suntikan vaksin Influenza A (H1N1) di klinik kesihatan yang terpilih. Maklumat lanjut berkenaan Influenza A (H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang kementerian di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline kementerian di talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300.
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Program " Road Safety Walk" Ke Arah Pelaksanaan Dekad Keselamatan Jalan Raya 2010-2020. Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan akan menyumpurnakan Program " Road Safety Walk" Ke Arah Pelaksanaan Dekad Keselamatan Jalan Raya 2010 - 2020 Peringkat Kebangsaan di Taman Tasik Seremban (tempat letak kereta bersebelan Kediaman YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan) pada 30 Januari 2010 jam 8.30 pagi.
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 "Earth Hour - Turn off your lights for one hour on 27 March 2010 8:30pm". Untuk maklumat lanjut, klik http://ehm.my/
 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Ambil langkah berjaga-jaga ketika mengunjungi Bazar Ramadhan

Bulan Ramadhan menjelang tiba dan orang ramai akan mengambil kesempatan untuk membanjiri Bazar Ramadhan berdekatan. Oleh itu, Majlis Daerah Jempol menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga untuk menhindari jangkitan A (H1N1), mengambil perhatian tentang keselamatan diri dan anak sendiri, dan keselamatan harta benda, seperti dompet, telefon bimbit dan sebagainya. Selamat Berbelanja dan Berbuka Puasa.

 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Lakukan kewajipan anda membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perkara yang buruk. Ia juga menjadi sumber keperluan bagi orang asnaf ketika 1 Syawal. Oleh itu, setiap Musliman and Muslimin patut menyempurnakan pembayaran zakat fitrah masing-masing. Sila ke http://www.zakatns.com.my/ untuk membayar secara dalam talian (online) atau melihat lokasi pengutan / pembayaran Zakat. Selamat Beribadah dan Berbuka Puasa.