MENU

 
 
 Kempen Kurangkan gula

Secara purata rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula sehari, iaitu tiga kali ganda berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 10 sudu teh gula sahaja. Atas kesedaran ini Majlis Daerah Jempol menyokong Kempen Kurangkan Gula oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai fakta dan cara kurangkan pengambilan gula, sila klik disini. http://www.nutrition.moh.gov.my/index.php/fakta-mengenai-gula

 
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010
 
 Tarikh: 26 November 2010 - 5 Disember 2010
 Tempat: Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia
 
 Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. Anda dijemput untuk sama-sama memeriahkannya. Maklumat lanjut layari http://www.mahaexpo2010.com/index.html