MENU

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi jawatan seperti berikut :-

BIL JAWATAN & GRED KUMPULAN PERKHIDMATAN KEKOSONGAN STATUS JAWATAN JADUAL GAJI (P1-JGMM) KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT)
1. Penolong Jurutera JA29 Pelaksana 1 Jawatan Tetap RM 1,549.00-RM 5,701.00 RM 145.00
2. Penolong Juruaudit W29 Pelaksana 1 Jawatan Kontrak RM 1,498.00-RM 5,678.00 RM 145.00
3. Pembantu Awam H11/14 Pelaksana 2 Jawatan Tetap RM 1,218.00-RM 2,939.00 RM 80.00
  JUMLAH JAWATAN KOSONG   4 Jawatan      

Jadual gaji diatas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun-elaun lain seperti berikut.

A. SYARAT LANTIKAN

1.Penolong Jurutera (Gred JA29)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)Sijil dalam bidang Kejurueraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00);atau

(b)Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Ketajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,935.02)

(c)Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL): Pegawai sedang berkhimat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(i)mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii)Lulus Peperiksaan Khas; dan

(iii)had umur pelantikan:

(iv)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(v)berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(vi)berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Penolong Juruaudit (Gred W29)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau penyimpanan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan darpada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM 1,510.92); atau

ii. Certificated Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan
iii. Diploma dalam bidang pengajian pernigaan, perbankan atau perakaunan yang diikitiraf oleh Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM 1,776.08); atau

iv. Licentite of The Chartered Of Secretaries and administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM 2001.68)

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.Pembantu Awam (Pekerja Awam) (Gred H11)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau;

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: P1-RM 1,218.00)

(b) Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Melayu dalam peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B. TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK

C. CARA MEMOHON

(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang yang boleh didapati dengan PERCUMA Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Rembau, 71309 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Borang permohonan boleh diperolehi dengan hadir sendiri atau melalui pos dengan meyertakan Sampul Surat berukuran 20 sm x 28 sm beralamat sendiri serta setem 50 sen. Pemohonan juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Rembau di alamat

(ii) Pemohonan yang memohon melebihi 1 jawatan hendaklah menggunakan borang permohonan yang berasingan. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Passport, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu dan Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan

iii) Permohonan berikut akan DI TOLAK jika:

  1.  -Tidak disertakan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan;
  2.  -Tidak lengkap atau tidak terang;
  3.  -Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
  4.  -Tidak ditandatangani oleh pemohon;
  5.  -Tiada pengesahan oleh kumpulan pengurusan & profesional
  6.  -Tiada alamat pemohon dan melewati tarikh tutup iklan.
Permohonan hendaklah sampai kepada :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH REMBAU,
71309 REMBAU,
Sebelum atau pada : 10.08.2018

            No. Fail Rujukan : MDR 199/1 Jld. 10

  CATATAN AM

  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap  permohonan mereka tidak berjaya.