MENU

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA.Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi jawatan seperti berikut :-

BIL
JAWATAN DAN GRED
KUMPULAN PERKHIDMATAN
KEKOSONGAN
STATUS JAWATAN
JADUAL GAJI (P1-JGMM)
KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT)
1.
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Pelaksana
1 jawatan
Tetap
RM1,493.00 - RM5672.00
RM145.00
2.
Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N19/22
Pelaksana
5 jawatan
Tetap/Kontrak
RM1,352.00 - RM4,003.00
RM100.00
3.
Pembantu Awam Gred H11/14
Pelaksana
1 jawatan
Kontrak
RM1,218.00 - RM2,939.00
RM80.00
   
JUMLAH JAWATAN KOSONG
7 Jawatan
     

Jadual gaji diatas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun-elaun lain seperti berikut.

A. SYARAT LANTIKAN

    1. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)

       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
  •  Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabar, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
    •             *mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
    •             *lulus Peperiksaan Khas; dan
    •             *had umur pelantikan:
    •             *berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    •             *berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    •             *berumur kurang dari 58 tahun pada lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Peajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.)

 

2. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi) Gred N17/22

       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
 
         (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
              (Gaji permulaan : RM 1,352.00); atau
         (b) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
               atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
           (Keutamaan diberi kepada calon yang boleh mengendalikan komputer dan / atau mengambil trengkas.)
 
 

3. Pembantu Awam (Pekerja Awam)(Gred H11)

       Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
 
         (a) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan atau ;
             (Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : P1 - RM 1,218.00).
         (b) Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dalam peringkat Penilaian menengah Rendah 
               atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
 

B. TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK

C. CARA MEMOHON

  • Pemohonan hendaklah menggunakan Borang yang boleh didapati dengan PERCUMA Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Rembau, 71309 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Borang
  •  permohonan boleh diperolehi dengan hadir sendiri atau melalui pos dengan menyertakan Sampul Surat berukuran 20sm x 28sm beralamat sendiri serta setem 50 sen. Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Rembau di alamat www.mdr.gov.my .
  • Permohonan yang memohon melebihi 1 jawatan hendaklah menggunakan borang permohonan yang berasingan. Permohonan hendaklah disertakan dengan
    • sekeping gambar berukuran Passport,
    •  salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan &
    •  Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu dan Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.
            *Permohonan berikut akan DI TOLAK jika:
              -Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
              -Tidak lengkap atau tidak terang;
              -Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
              -Tidak ditandatangani oleh pemohon;
              -Tiada alamat pemohon dan melewati tarikh tutup iklan.
 
Permohonan hendaklah sampai kepada :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH REMBAU,
71309 REMBAU,
Sebelum atau pada : 20.02.2017
 
            No. Fail Rujukan : MDR 199/1 Jld. 10
            CATATAN AM
            *Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
            *Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.