SYARAT-SYARAT KELULUSAN ANJING
- Semua anjing-anjing yang berumur 3 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan.
- Lesen ini akan tamat tempohnya pada 31 Disember pada tahun lesen itu dikeluarkan.
- Bayaran lesen anjing adalah RM20.00 bagi setiap ekor anjing setahun dan RM50.00 bagi 3 tahun.
- Lesen yang hilang tidak akan diganti. Tuan punya hendaklah memohon lesen yang baru dan dikehendaki membayar sebanyak RM20.00 bagi setiap lesen / ekor anjing.
- Lencana logam yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Rembau hendaklah sentiasa digantung dileher anjing pada setiap masa, menyediakan tali menggantung lencana logam adalah tanggungjawab tuan punya.
- Semua anjing yang dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan ubat pencegah (Vaccination DALP-PV) oleh Pegawai Jabatan Haiwan atau mana-mana doctor veterinary yang berdaftar.
- Memastikan anjing dan tempat anjing dipelihara disenggarakan dalam keadaan bersih dari najis anjing dan memastikan pembuangan najis tidak menyebabkan kacau gangguan kepada mana-mana pihak lain.
- Tuan punya anjing adalah bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak yang tidak berhenti-henti, berkeliaran diluar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang awam di tempat awam.
- Anjing hendaklah berada di dalam kawalan tuan punya dan sentiasa berikat rantai apabila dibawa keluar daripada tempat ianya biasa dipelihara / disimpan.
- Anjing tidak boleh dipelihara dirumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat.
- Hanya 2 ekor sahaja dibenarkan dipelihara pada sesuatu masa.
- Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas ditempat awam, berpenyakit, dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kacauganggu kepada orang lain atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan, akan dirampas, ditangkap dan dihapuskan.
- Tuanpunya dikehendaki menyediakan dan mempamerkan papan tanda “ADA ANJING DISINI” ditempat yang mudah dilihat oleh orang awam.
- Tuanpunya yang gagal mematuhi syarat-syarat diatas atau Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing MDR 2012 akan dikenakan kompaun tidak lebih daripada RM500.00 atau denda RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam [6] bulan atau kedua-duanya.
- Mengemukakan salinan kad pengenalan dan gambar pemohon berukuran passport sebanyak sekeping.