MENU

Syarat Penyewaan / Penggunaan Yang Perlu Dipatuhi : -

  • Menjelaskan bayaran sewaan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pemasangan / penghantaran TERMASUK bayaran deposit.
  • Peraturan memasang banner / backdrop
  • Pihak tuan dikehendaki menggunakan stapler / paku tekan SAHAJA
  • Tidak dibenarkan memasang apa-apa hiasan di dinding dewan sebelah hadapan dan di bahagian sistem penebat bunyi walaupun menggunakan pelekat ‘double side tape’ atau apa-apa sahaja bahan pelekat termasuk stapler dan paku tekan.
  • Memastikan kebersihan dewan sepanjang waktu penggunaan dan membersihkan dewan selepas penggunaan.
  • Segala kerosakan dewan dan peralatan adalah menjadi tanggungjawab pengguna. Jika didapati berlaku sebarang kerosakan, bayaran deposit tidak akan dikembalikan bagi penyewaan dewan serta tuntutan kerosakan akan dikemukakan bagi kerosakan peralatan.
  • Pihak Majlis Daerah Rembau berhak meminda atau membatalkan tempahan sewaan dewan dan peralatan, sekiranya terdapat majlis
  • majlis rasmi kerajaan yang berlangsung pada tarikh yang sama dengan
  • tempahan dewan dan peralatan oleh pihak penyewa.
  • Notis pemberitahuan pemindaan atau pembatalan sewaan akan dikeluarkan dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh sewaan.
  • Pihak Majlis Daerah Rembau akan memulangkan semula segala pembayaran yang telah dijelaskan oleh penyewa sekiranya berlaku pembatalan sewaan.