Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani – IDFR

Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani – IDFR
 
Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah diadakan pada 6 Disember 2025, dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Rembau bersama Kampung Sawah Raja di Kompleks Sukan Kampung Sawah Raja. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hassan, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau.
 
Acara turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Zaifulbahri Haji Idris (ADUN Chembong), YB Suhaimi Aini (ADUN Kota), Tuan Mohd Zamri Mohd Esa (Pegawai Daerah), barisan kenamaan lain serta Puan Norazlyzan Ramli (Setiausaha Majlis Daerah Rembau) & kehadiran Ahli-Ahli Majlis Daerah Rembau. Kehadiran mereka menunjukkan sokongan kukuh terhadap usaha memperkasakan komuniti melalui program ini.
 
Program ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang pembangunan sosial, ekonomi dan kemasyarakatan, serta memperkukuh hubungan antara penduduk dan agensi kerajaan. Usaha ini juga diharap menjadi pemangkin kemajuan berterusan bagi Kampung Sawah Raja.
 
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kerjasama ini terus membawa manfaat untuk masyarakat Rembau.